NAK AMBIL MEDICAL CARD TAPI TAK MAMPU…APA PERLU BUAT?

Zaman sekarang medical card menjadi satu keperluan seseorang individu kerana ingin mendapatkan rawatan cepat dan selesa. Sebut sahaja insuran atau takaful, produk medical card akan terlintas difikiran.  Seseorang akan terus membayangkan dengan adanya medical card semua rawatan cover, dapat rawatan selesa macam hotel 5 bintang tanpa perlu membayar kos rawatan.

KPJ Bandar Maharani

Wow. Dapat ward macam hotel 5 star

Namun, bukan semua mampu memiliki medical card. Kebiasan harga medical card melebihi 150 sebulan bagi setiap individu. Caruman bulanan medical card akan naik bila usia meningkat dan akan terus meningkat jika tabung tabaru’ takaful medical card tidak mencukupi memandangkan inflasi perubatan sangat tinggi. Bayangkan jika individu tersebut ingin mendapatkan medical card untuk 5 orang ahli keluarga, pasti menjadi satu komitmen yang besar jika sudah melebih 15% dari potongan gaji untuk medical card

Justeru itu, kita perlu realistik mengikut bajet perbelanjaan kita jika mahu memiliki medical card. Jika pendapatan pun cukup makan sahaja lupakan hasrat untuk memiliki medical card. Kerana polisi takaful yang terbaik adalah polisi yang kita mampu carum secara konsistent, bukan sekadar carum sebulan dua sahaja. Jangan risau jika belum mampu memiliki medical card kerana kita masih ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Cuma perlu besabar menunggu giliran tetapi masih lagi boleh mendapatkan rawatan.

Gaji 10k pun hilang sebab sakit

Gaji 10k pun hilang bila sakit

Yang patut kita risaukan ialah jika semalam kita terkena penyakit kritikal atau lumpuh memerlukan rawatan jangka masa yang panjang, bagaimana kualiti hidup kita? Adakah kita mampu bekerja untuk cari pendapatan? Bagaimana dengan komitmen bulanan yang kita buat seperti loan kereta, rumah, pinjaman? Malah bagaimana kita nak menyara diri dan keluarga untuk memenuhi keperluan harian jika kita sudah terlantar sakit? Tambahan pula perbelanjaan kita meningkat kerana terpaksa membeli ubatan, susu khas untuk orang sakit, lampin dewasa, upah jagaan bulanan dan banyak lagi. Bayangkan jika pasangan terpaksa tanggung semua perbelanjaan seorang diri kerana kita hilang punca pendapatan. Medical card hanya menyelesaikan bill rawatan sahaja, tapi tidak mampu digunakan untuk membeli sekeping roti.

Sanggupkah kita setiap hari mengharap simpati atau belas ehsan ahli keluarga, ibu bapa dan kawan-kawan untuk menyara kehidupan kita? Oleh sebab itu, saya galakan mereka yang kurang berkemampuan untuk mencarum medical card, focus kepada memiliki polisi takaful hayat. Kebiasaannya ejen takaful akan sebut ambilah hibah takaful. Sebenarnya hibah takaful itu hanya cara agihan pampasan meninggal dunia secara terus kepada penama tanpa boleh dicabar oleh orang lain. Istilah yang tepat ialah mencarum takaful hayat yang boleh cover 3 musibah utama iaitu meninggal dunia, lumpuh kekal dan penyakit kritkal. Hal ini kerana 3 musibah ini akan memberi kesan yang besar kepada punca pendapatan kita apabila diuji dan memerlukan banyak wang. Bayangkan semalam kita lumpuh akibat penyakit strok. Kita hanya terbaring melihat pasangan dan anak kita berusaha mencari rezeki untuk menyara kita dan keluarga. Pada waktu itu kita akan rasa diri kita menjadi beban kepada mereka. Dengan adanya pampasan lumpuh RM 100,000 sekurang-kurangnya mampu membantu pasangan dan anak-anak kita disaat sukar

Tahukah anda, dengan hanya RM 85 sebulan, kita mampu memiliki polisi takaful hayat yang melindungi 3 musibah utama iaitu meninggal dunia, lumpuh kekal dan 36 penyakit kritikal

                         

                      Plan hibah takaful 85 dan 100 wanita                                Plan hibah takaful 85 dan 100 lelaki

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *