HIBAH TAKAFUL. APA YANG PERLU ANDA TAHU?

Hibah Takaful istilah yang tidak asing lagi sejak kebelakangan ini. Buka sahaja media sosial seperti whatsapp, instagram dan facebook, pasti anda akan jumpa iklan hibah takaful. Pelbagai harga yang ditawarkan untuk pelan hibah takaful sehingga ada yang mempromosikan hibah takaful seredah RM 50 sebulan. Menarik bukan?

Tapi tahukah anda apa itu hibah takaful? Hibah takaful ini ialah kaedah agihan pampasan meninggal dunia secara terus kepada penama yang dihibahkan. Contohnya, jika suami meletakan nama isteri sebagai penerima hibah 100%, apabila suami meninggal dunia, duit pampasan meninggal dunia akan masuk dalam akaun bank isteri 100% ‘lump sum’.

Sebenarnya, tiada produk hibah takaful di pasaran. Yang ada hanyalah takaful hayat (life takaful) yang mana pampasan meninggal dunia diberi secara hibah kepada penama yang diletakkan. Itulah maksud sebenar kepada istilah hibah takaful yang dipopularkan. Sebenarnya bila kita dah ambil hibah takaful belum tentu cover semua jenis kematian. Sebab ada sahaja hibah takaful tapi hanya cover kematian akibat kemalangan sahaja. Kebanyakan plan hibah takaful yang ditawarkan tidak mempunyai pampasan 36 jenis penyakit kritikal terutama sekali bila caruman plan tersebut rendah. Sebab itu kita perlu berbalik kepada istilah takaful hayat (life takaful) supaya lebih mudah faham hakikat sebenar hibah takaful.

Pembahagian Hibah Takaful (Life Takaful)

Sangat digalakkan untuk kita menyemak semula polisi (review policy) hibah takaful sedia ada supaya tidak menyesal di kemudian hari. Sebab wujud kes di mana pemegang polisi hibah takaful baru sedar yang polisi hibah takafulnya hanya cover kematian kemalangan sahaja. Lebih malang lagi jika kita yang sudah mencarum 10 tahun hibah takaful dan disahkan menghidap kanser, terkejut bahawa plan hibah takaful kita tidak dapat memberi duit pampasan bila disahkan menghidap kanser. Yang cover hanyalah kematian dan cacat kekal sahaja. Kita pasti kecewa kerana tidak mendapat satu sen pon dari hibah takaful sedangkan kita memerlukan duit yang banyak walaupun dirawat di hospital kerajaan untuk menanggung kos rawatan kanser saat masih hidup. Itu belum termasuk ujian dibuang kerja hilang sumber pendapatan akibat terlalu lama cuti dan tak mampu bekerja lagi ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Bagaimana dengan komitmen bulanan rumah, bil-bil, loan dan menyara keluarga jika kita tidak dapat apa-apa duit pampasan penyakit kritikal

Contoh Hibah Takaful Lengkap (Wanita Usia 30 tahun)

Contoh Hibah Takaful Lengkap (Lelaki Usia 38 tahun)

Justeru itu, kita digalakan untuk review polisi hibah takaful sedia ada supaya tidak menyesal kemudian hari. Pastikan hibah takaful tersebut melindungi kematian semua sebab lumpuh semua sebab dan sekurang kurangnya melindungi 36 jenis penyakit krtikal. Barulah perlindungan takaful kita sempurna.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *