Alhamdulilah, anda dah ada kesedaran apply medical card. Tapi tahukah anda cara untuk guna medical card?
Pertama tengok atas kes kecemasan atau tidak
1)Kes kecemasan
Terus ke hospital panel yang berhampiran
2)Bukan kecemasan
Pergi ke klinik dahulu, jika doktor suruh refer hospital, baru ke hospital panel swasta. Dapatkan referral letter dari doktor klinik untuk rujukan bagi memudahkan proses pendaftaran di hospital swasta
Semasa di Hospital Panel Swasta
Selalunya nurse akan tanya sama ada kita ada Medical Card atau Tak. Kalau ada, beri no sijil Medical Card atau IC, nurse akan bantu bawa ke kaunter finance untuk semakan. Kalau tak jumpa medical card, boleh guna IC dan maklumkan ambil medical card dengan company takaful mana.
Atau anda/waris anda sendiri terus ke kaunter finance hospital.
Pastikan anda telah melepasi tempoh menunggu yang telah ditetapkan oleh pihak takaful mengikut penyakit sebelum menggunakan medical card. Untuk kemudahan boleh call no bahagian tuntutan 24 jam di belakang kad
Kebiasaannya pihak hospital akan meminta bayaran deposit sebelum meneruskan rawatan menggunakan medical card. Kadar deposit bergantung kepada pihak hospital dan akan dipulangkan selepas selesai rawatan. Kemudian, anda perlu tunggu seketika untuk pihak hospital memohon surat jaminan (GL) dari pihak takaful
Jika GL diluluskan, bermaksud rawatan anda dilindungi oleh medical card takaful tersebut
Jika GL tidak diluluskan, bermaksud medical card tidak melindungi kos rawatan anda. Hal ini berkaitan dengan tempoh menunggu belum selesai atau terdapat penipuan fakta berkaitan sejarah penyakit yang disembunyikan oleh customer sebelum apply medical card. Kes begini biasanya memerlukan siasatan menyeluruh dari pihak takaful dan kos rawatan akan menjadi pay and claim.
