TEMPOH MENUNGGU (WAITING PERIOD) & TEMPOH BOLEH PERTIKAI (CONTESTABLE PERIOD)

Sebaik sahaja kita melanggan mana-mana produk takaful terutamanya medical card, ade 2 jenis tempoh yang perlu kita ambil tahu iaitu

1) TEMPOH MENUNGGU/TEMPOH MATANG (WAITING PERIOD)

Biasanya customer akan tanya bila tempoh matang saya boleh guna kad? Istilah yang tepat ialah bila tempoh menunggu untuk guna kad

Sebaik Sahaja Polisi Lulus

  • Customer akan terima email atau SMS memaklumkan polisi lulus atau approved
  • Dah cover untuk rawatan kes apa-apa jenis kemalangan

30 Hari Selepas Polisi Diluluskan

  • Dah cover untuk penyakit biasa demam panas, demam denggi, cirit-birit dan keracunan makanan

120 Hari Selepas Polisi Diluluskan

  • Dah cover untuk penyakit kritikal
  • Jika penyakit kritikal muncul sebelum 120 hari, maka penyakit tersebut tidak dilindungi

2) TEMPOH BOLEH PERTIKAI (CONTESTABLE PERIOD)

  • Kebanyakan agen tidak suka bercerita tentang contestable period. Tapi sangat penting!!!
  • Semasa tempoh ni pihak takaful berhak untuk menyiasat dahulu jika terdapat sebarang keraguan berkenaan penyakit yang dihadapi oleh customer sebelum meluluskan tuntutan (claim)
  • Sebab itulah berlaku situasi customer bayar dahulu baru claim (pay and claim) jika polisi belum melepasi tempoh 2 tahun
  • Sebab itu juga anda tidak digalakkan untuk bertukar-tukar medical card company lain jika sudah mencarum melebihi 2 tahun
  • Contohnya, customer baru setahun mencarum medical card, tiba-tiba doktor sahkan customer ada kanser stage 4, pihak takaful ada hak untuk hold payment dan siasat dahulu isu ni untuk pastikan adakah customer ni sudah pernah ada sakit tersebut sebelum dia ambil polisi atau sesudah dia ambil polisi.Selesai investigate barulah syarikat akan tentukan akan cover atau tak.

    Kenapa?

    sebab dalam klausa semua syarikat takaful/insurans, ada terma customer yang nak ambil medical card kena maklum status kesihatan terkini semasa daftar nak ambil medical card

    Pendek kata, syarikat takaful nak tahu, adakah customer ni dah pernah ada sakit kanser sebelum dia jadi peserta takaful

    supaya duit claim yang bakal dia nak bagi ni diberikan kepada yang sepatutnya layak.

    duit takaful itu adalah tabaru’ amanah orang ramai. Perlu beri kepada yang betul-betul berhak

    Jadi, terkadang dalam situasi ini, claim client akan jadi PAID & CLAIM

    maksudnya client perlu buat bayar dahulu total treatment cost, kemudian apabila investigation selesai, dan jika keputusannya terbukti yang client dapat sakit selepas jadi peserta takaful, maka semua duit yang sudah dibayar akan dipulangkan semula

    Dan begitulah sebaliknya,kalau didapati peserta takaful itu dah sakit baru mohon dan tak pernah declare tahap kesihatan atau sejarah kesihatannya maka pastinya tuntutan claim akan ditolak syarikat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *